Monday, January 14, 2013

Resipi Sambal Tempe Omak Den.





Sambal tempe OMAK DEN

Mari cuba memasak Resipi daripada Emak saya.

Bahan-bahan :

1. Tempe
2. Ikan Bilis
3. Kacang Tanah
4. Gula
5. Garam.
6. Minyak Masak

Bahan Kisar
1. Cili Kering
2. Bawang Merah.
3. Bawang Putih.

Cara Memasak 

1. Potong tempe ikut suke hati ( Kalau boleh potong dadu baru ngam sket)
2. Goreng tempe,ikan bilis,Kancang tanah sehingga garing tapi jangan hangus.
    Goreng asing-asing pon lagi bagus.
3. Cili kering potong dan  kene rebus dahulu.
4. Bahan kisar blender cili kering bersama bwg merah dan bwg putih.
5. Panaskn kuali isi minyak.
6. Tumis cili yg telah diblender tadi sehingga masak.
6. Masukkan gula & garam.
7. Setelah cili  masak masukkan bahan2 yg telah digoreng
8. Gaul sebati

Selamat mencuba.Mungkin membantu menambahkan keceriaan menjamu selera.Sesuai untuk BUJANG dan sesiapa yang suka masak.


Monday, January 24, 2011

Resepi Telur Masak Kicap Omak Den




Lapar??jawapannye kenalah makan.So disini aku nak berkongsi dengan semua resipi " TELUR MASAK KICAP " yang aku belajar daripada Emak aku .Orang kate la kan "Alah..telor masak kicap senang je masak.".cakap mulut boleh la.kepada yang tak pernah menyentuh peralatan dapur confirm 100% tak boleh buat.So,marilah bersame-same kite memanfaatkan tutorial resepi memasak telor masak kicap ni.aku boleh praktikkan dan kepada yang lain juge.Kepada bujang trang tang tang..HA..mari kite memasak.Jimat belanje.

Resepi Telur Masak Kicap by Cik Ani a.k.a My mom

Bahan-Bahan
  • Telur ( sekurang-kurangnye 3 biji)
  • Kicap ( kipas udang,Tamin atau yang manis la)
  • Bawang putih (1 ulas)
  • Bawang merah (1 ulas)
  • Cili ( 1 biji )
  • Asam keping atau asam jawa
  • Minyak masak
  • Air masak (1 cawan)
Cara memasak 
  1. Siap sedia peralatan memasak kuali,sudip.
  2. Potong bawang putih,merah,cili.Cara potong ikut suke.janji potong
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.Agak-agak ade rase bahang kat muka tu kire panas la kuali.
  4. Pecah telur dan goreng telur satu per satu.Goreng bagi garing baru sedap.Jangan hangit sudahla.Siap angkat letak dalam pinggan dulu.
  5. kurangkan minyak dalam kuali.
  6. tumis(campak dalam kuali ) bawang merah,bawang putih sampai naik bau.
  7. Masukkan cili dan tuang kicap seberapa banyak mengikut kehendak masing-masing.Jangan banyak sangat sudah.secukup rasa la k.
  8. Tuangkan air.kalau nak kuah lebih tuang la lebih sikit tapi bagi seimbang la air ngan kicap.
  9. Masukkan asam keping atau air asam jawa.
  10. Masukkan telur yang dah digoreng.
  11. Apabila da sebati dan masak,sediakan lah dalam pinggan.
So,begitu la cara masaknye.Jangan lupe masak nasi.baru la MAKAN PON SODAP bak kate orang negeri sembilan.Cube dahulu la.aku da cube masak da.Sebelum ni hampeh.masak maggi je reti.haha.Sekarang ni aku da improve skill memasak ketika darurat seperti "DUDUK SEORANG DI RUMAH".Mencuba itu penting barulah ada peningkatan dalam diri.Bak kata pepatah Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain.


Next time aku  akan share resepi lain untuk BUJANG dan Juge kepada para ISTERI yang tak segan silu untuk belajar.


Assalamualaikum..